Tuesday, October 5, 2010

KEADAAN HARI KIAMAT

81. At-Takwir


1. Apabila matahari dilingkari cahayanya dan hilang lenyap, dan apabila bintang-bintang gugur berselerak, dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa setelah dihancurkan menjadi debu, dan apabila unta yang bunting terbiar, dan apabila binatang liar dihimpunkan, dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur, dan apabila setiap diri disatukan dengan pasangannya, dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya: “Dengan dosa apakah ia dibunuh?”

2. Dan apabila suratan amal dibentangkan, dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya, dan apabila neraka dinyalakan menjulang dan apabila Syurga didekatkan.

Setelah semuanya itu berlaku setiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

3. Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul, yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya. Dan demi malam, apabila ia hampir habis, dan siang, apabila ia mulai terang.

4. Sebenarnya Al-Quran itu sesungguhnya ialah Kalamullah yang disampaikan oleh Jibril, Utusan yang mulia, yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy, yang ditaati di sana dalam kalangan malaikat, lagi dipercayai.

5. Sebenarnya sahabat kamu Nabi Muhammad itu wahai golongan yang menentang Islam, bukanlah ia seorang gila sepertimana kamu tuduh. Dan Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

6. Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara yang ghaib.

7. Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

8. Dengan yang demikian, maka ke manakah kamu hendak pergi kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran?

9. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan Islam yang betul dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatupun, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.



Klik sini untuk dengar surahnya:


At-Takwir









82. Al-Infitar


Apabila langit terbelah daan apabila bintang-bintang gugur bertaburan, dan apabila lautan pecah bercampur-baur; dan apabila kubur-kubur dibongkarkan.

Setelah semuanya itu berlaku, setiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu menyebabkab kamu berlaku derhaka kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan, serta menjadikan binaan tubuh badanmu sama padan dengan kekuatannya dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu hai golongan yang ingkar! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu.

Mereka adalah makhluk yang mulia di sisi Allah, lagi ditugaskan menulis amal kamu. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.



Gunanya catitan malaikat itu ialah untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah, kerana sesungguhnya orang yang berbakti dengan taat dan amal kebajikan tetap akan berada dalam Syurga yang penuh nikmat.

Dan orang yang bersalah akan bertempat dalam neraka yang menjulang. Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan. Dan mereka sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

Apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? Sekali lagi ditanya, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Hari itu ialah hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.



Klik sini untuk dengar surahnya:

Al-Infitar

Wednesday, September 29, 2010

HARI KIAMAT LAGI


Subuh tadi Dr Yusuf pula membawa cerita tentang hari kiamat yang berbunyi:

Saat yang tetap berlaku itu, apakah sifat dan keadaannya? Apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? Saat itu ialah hari kiamat.

Kaum yang Kufur

Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari kiamat yang menggempar dan mengharukan itu. Maka mereka menerima azab dunianya. Kaum Thamud telah dibinasakan dengan petir yang melampau dahsyatnya. Adapun kaum Aad telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus. Kalaulah engkau menyaksikannya tentu engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seperti batang kurma yang tumbang dan lompang. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa mereka yang masih hidup?

Selain dari mereka, datanglah Firaun dan mereka yang terdahulunya, serta penduduk negeri yang telah ditunggang balikkan kerana mereka melakukan perkara yang salah. Mereka menderhaka kepada Rasul yang diutuskan oleh Tuhan mereka. Lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.

Ketika air banjir melampaui hadnya serta menenggelamkan gunung-ganang, Allah telah mengangkut serta menyelamatkan nenek moyang kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh yang bergerak laju pelayarannya. Allah lakukan demikian untuk menjadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang yang mahu menerima pengajaran.

Sangkakala dan Kiamat.

Ketahuilah bahawa apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, bumi serta gunung-ganang diangkat dari tempatnya lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur.

Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. Terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput dan runtuh. Sedang malaikat ditempatkan mengawal segala penjurunya. Dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat yang mengawal itu.

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan untuk hitungan amal. Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi kepada Allah dari perkara kamu yang tersembunyi.

Kitab Amal di Terima di Tangan Kanan.

Sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya: “Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Aku yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku pada hari yang ditentukan!”

Maka dengan itu tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, di dalam Syurga yang tinggi darjatnya. Buah-buahan dekat dengannya untuk dipetik. Mereka dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan: “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab amal soleh yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu di dunia!”

Kitab Amal di Terima di Tangan Kiri.

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata dengan kesalnya: “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku. Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi. Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun. Kuat kuasaku dan hujjahku membela diri, telah binasa dan hilang lenyap dariku”.

Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka: “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia. Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim. Selain itu, masukkanlah dia dalam lingkaran rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, dengan membelitkannya ke badannya! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. Dan dia juga tidak menggalakkan dirinya dan orang lain memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin”.

Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini seorangpun dari kaum kerabat serta sahabat handai yang dapat menolongnya. Dan tidak ada makanan baginya melainkan dari air danur yang tidak memakannya melainkan orang yang melakukan perkara yang salah”.

Allah Bersumpah.

Maka Allah bersumpah: Demi segala yang nyata yang kamu melihatnya dan segala yang ghaib yang kamu tidak melihatnya: “Sesungguhnya Al-Quran itu ialah wahyu dari Kami yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Nukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu beriman”.

Juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”.

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Kalaulah Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu mengatakan atas nama Kami secara dusta dengan kata rekaannya, sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami. Sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya supaya ia mati serta-merta. Tidak siapa di antara kamu yang dapat menghalang tindakan Kami itu daripada menimpanya”.

Sesungguhnya Al-Quran itu tetap menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa”.

Sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan Al-Quran, maka Kami akan membalasnya”.

Sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang kafir semasa mereka menerima balasan”.

Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini dengan yakinnya”.

Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar”.



Baca dan dengarlah bacaannya di sini:

Al-Haqqa


Yang (baik) bila didenga perlu difahami dan amal

Monday, August 2, 2010

CERITA HARI KIAMAT



Pagi tadi Hj Ihsan sekali lagi memberi penerangan tentang hari kiamat, katanya:

Cerita Peramanya:

Apabila matahari hilang lenyap, bintang gugur berserakan, gunung-ganang beterbangan di angkasa kerana hancur menjadi debu, unta bunting ditinggalkan terbiar, binatang liar dihimpunkan, lautan meluap bercampur-baur, setiap diri disatukan dengan pasangannya dan anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya dosa apakah ia dibunuh?

Dan apabila surat amal dibentangkan, juga langit ditanggalkan dari tempatnya dan juga neraka dinyalakan. Dan apabila Syurga didekatkan.

Setelah semuanya itu berlaku, setiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Allah bersumpah dengan bintang yang tenggelam timbul, yang beredar juga yang tetap pada tempatnya. Dan bersumpah dengan malam apabila ia hampir habis, dan siang apabila ia mulai terang; bahawa sebenarnya Al-Quran itu adalah sesungguhnya Kalamullah yang diutuskan oleh Jibril yang mulia, yang kuat gagah lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy, yang ditaati di kalangan malaikat lagi yang dipercayai.

Sebenarnya sahabat kamu Muhammad (s.a.w.) itu bukanlah seorang yang gila seperti yang dituduh. Nabi Muhammad s.a.w. yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. kenal dan pernah melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

Dan bukanlah Nabi Muhammad s.a.w. itu seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk terhadap penyampaiannya mengenai perkara yang ghaib.

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan. Maka dengan yang demikian maka ke manakah kamu hendak pergi kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran?

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam yang mahu tetap teguh di atas jalan Islam yang betul.

Kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatupun, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.


Cerita Keduanya:


Apabila langit terbelah, bintang gugur bertaburan, lautan pecah bercampur-baur dan kubur dibongkarkan.

Setelah semuanya itu berlaku, setiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu menyebabkan kamu derhaka kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan, serta menjadikan binaan tubuh badanmu sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu yang ingkar ini! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

Padahal sesungguhnya, ada malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. Mereka adalah makhluk mulia Allah yang ditugaskan menulis amal kamu dan tahu apa yang kamu lakukan.

Catitan malaikat itu ialah untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah kerana sesungguhnya orang yang berbakti dengan taat dan amal kebajikan, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Dan orang yang bersalah akan berada di neraka menderita bakaran pada hari pembalasan nanti, sentiasa dalam azab seksaNya.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Sekali lagi ditanya, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Hari itu ialah hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Thursday, July 29, 2010

ORANG MUKMIN

.
Semalam kami mendengar cerita berkenaan dengan sifat orang Mukmin yang dibacakan oleh Tuan Haji Ihsan. Katanya:

Berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Mereka berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakatnya. Mereka menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya (atau hamba sahayanya). Sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu adalah orang yang melampaui batas.

Mereka yang menjaga amanah dan janji yang dibuatnya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka sebegini adalah orang yang berhak secara kekal mewarisi Syurga Firdaus.

Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia dari pati berasal dari tanah. Dari pati itu dijadikan setitis air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian air benih itu menjadi sebuku darah beku, menjadi ia seketul daging, kemudian menjadi ia beberapa tulang, kemudian tulang tersebut dibalut dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Allah membentuk ia menjadi makhluk. Nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebagai Pencipta.

Kemudiannya, kamu sesudah itu akan mati. Dan kamu pula akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat
.

Klik dan Bacalah seterusnya:














Dan kalau nak baca terjmahannya dan dengar bacaannya Kliklah di Sini: 023. Al-Mu’minun



Saturday, June 12, 2010

KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

TASKIRAH AHAD 100613



Surah 003 Al-i-’Imran

(Klik untuk dengar dan baca seluruh Surahnya)








Ayat 190 hingga ayat 194

Fikirkanlah kejadian alam yang diciptakan oleh Allah. DijadikanNya malam untuk makluk termasuk manusia berehat dan menjakankan ibadat.

Dijadikan siang untuk manusia bekerja mencari nafkah hidupnya. Bagi binatang pula ada juga jenis yang mencari rezekinya di waktu malam. Dan di zaman sekarang ini pula ada juga manusia yang mencari rezekinya di waktu malam walaupun ianya tak seramai yang mencarinya diwaktu siangnya.

Malam dan siang terjadi hasil peredaran matahari, bulan dan bumi khasnya. Bulan mengelilingi bumi menghasilkan malam yang terang benderang purnama setiap pertengahan bulan.

Peredaran bulan juga berguna untuk manusia sebagai alat pengukur masa, satu pernama bersamaan dengan sebulan kamariah.

Bumi pula beregerak mengelilingi matahari menghasilkan siang dan malam yang saling berganti dan keadaan musim panas, sejuk dan sederhana.

Berlaku pula air laut yang pasang surut hasil tarikan bulan.

Peredaran matahari, bumi, bulan dan lain makluk Allah menjadikan alam ini hidup dan sensiata bergerak mengikut pearturan yang telah ditentukan oleh Allah. Segalanya menurut perentah Allah dan bergerak dengan teratur dan seimbang.

Semuanya berlaku atas kekuasaan Allah yang mencipta dan metadbirkan semuanya. Dan semuanya adalh untuk kegunaan manusia dan makluk Allah lainnya untuk menafaatkannya.

Hanya mereka yang berfikir dapat menganalisa kejadian alam dan menggunakannya untuk kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Mereka yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan maklukMu ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan mereka yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seruan rasulMu yang menyeru kepada iman, katanya: "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu", maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami segala kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama mereka yang berbakti.

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.


MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Wednesday, June 2, 2010

Saturday, March 13, 2010

MEREKA TAK SAMA

[003] Surah Al I 'Imran


Allah bertanya adakah sama mereka yang beriman dengan yang tidak beriman?

Tak sama. Orang yang mendapat kemurkaan Allah (yang tak beriman) adalah mereka yang tidak menurut segala perintahNya dan tidak menjauhi laranganNya. Mereka ini akan ditempatkan ke dalam Neraka, tempat kembali yang sangat buruk keadaannya.

Mereka yang diredoi Allah (yang beriman) adalah mereka yang menurut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, akan ditempatkan ke dalam syurga dan kekal mereka di dalamnya

Kaum Arab di Mekah di awal kedatangan Islam dahulu mendapat rahmat Allah kerana mereka disediakan seorang nabi dari gulungan mereka sendiri membinbing mereka ke jalan yang benar.

Mereka telah lama di dalam keadaan sesat dan kebanyakannya telah meninggalkan syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Mereka telah lama menyembah berhala dan tidak lagi menyembah Allah.

Pada mereka Allah masih ujud tetapi mereka tidak lagi memohon permintaan terus kepada Allah tetapi berbuat demikian melalui berhala mereka.

Mereka tatkala itu percaya bahawa Allah ada anak dan anak Allah ialah malaikat (perempuan). Kaum Yahudi (Madinah) dan Kaum Nasrani juga percaya bahawa Allah ada anak (Usair dan Nabi Isa).

Nabi Muhammad diutuskan Allah untuk membetulkan akidah mereka yang lama sesat itu. Dan Nabi Muhammad menyatakan yang Allah tiada anak (melalui Surah Al-Ikhlas)


Semasa pengambil alihan Mekah oleh Nabi Muhammad dan sahabat2nya terdapat di Ka'abah tak kurang 360 berhala dan terdapat dua berhala besar di Bukit Safar dan Bukit Marwah. Sehingga kaum Islam tatkala itu ragu2 untuk tawaf dan saie.

Tapi mereka dinyatakan oleh Nabi Muhammad dan Al Quran sendiri yang ibadah yang mereka lakukan adalah kerana Allah dan tidak perlu merasa terganggu oleh berhala yang ada. Berhala2 tersebut kemudiannya telah dimusnahkan.

________________________________________

ILMU

.

Saturday, March 6, 2010

KUASA ALLAH

003. SURAH AL-I-'IMRAN

.

Nabi Muhammad SAW tidak terus memarahi sahabat ahli pemanahnya, yang tidak menurut perentahnya supaya bertahan dan memerhatikan pergerakan musuh ketika perang Uhud berlaku.

Oleh kerana perasaan tamak kepada harta rampasan perang dan ketika mereka menjangkakan perang dah tamat dan mereka merasa dah menang perang tersebut, ahli pemanah yang berada di atas bukit tersebut telah turun bagi merebut mendapatkan harta rampasan perang walhal perang belum tamat. Dan kesannya pehak musuh berjaya menaiki bukit tersebut untuk menyerang.

Nabi Muhammad SAW tidak terus memarahi mereka. Allah telah memujinya sikap sedemikian. Selanjutnya Allah telah menyarankan supaya mereka dimaafkan dan supaya Nabi berdoa untuk mendapatkan keampunan bagi mereka.

Disamping itu disarankan juga supaya mereka bermesyaurat bagi mendapatkan persetujuan yang terbaik dan bertindaklah ke atas persetujuan tersebut serta bertawakal kepada Allah.

Ayat 160 pula menyatakan yang jika Allah mahu menolong mereka mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu. Dan jika Allah mahu mereka kalah, maka tidak ada sesiapa yang akan dapat menolong mereka sesudah Allah menetapkan yang demikian. Orang berman diingatkan supaya hanya kepada Allah jualah hendaknya mereka itu berserah diri.

Ayat 161 pula menyatakan bahawa janganlah kamu menyangka seseorang Nabi itu menggelapkan harta rampasan perang. Ini tak mungkin berlaku, saperti yang dituduh oleh orang Munafik di Madinah tatkala itu. Sesiapa yang melakukan khianat menggelapkan sesuatu, ia akan dibalas atas perbuatan khianatnya ke akhirat nanti.


Perbuatan khianat ini sekarang banyak berlaku di merata2 terutamanya oleh merela yang ada kuasa, yang besar atau kecil. Yang besar besarlah nilai kianatnya dan yang kecil kecil pula khianat yang mereka lakukan.

Contoh:

Membeli barangan untuk pelabat akan mendapat komisen atau sogokan yang dimakan sendiri oleh yang terlibat. Dijadikan sumber makanan dan kegunaan harian anak pinak dan tanggunananya. Itu tak termasuk peralatan pejabat yang dibawa pulang untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Iyu tak termasuk imbuhan haram yang diperolihi dari meluluskan sesuatu projek atau pembelian untuk pejabat atau syarikat majikannya.

Ini semua adalah kianat. Dan ini terjadi secara biasa di merata2 dalam negara kita yang dikatakan negara Islam ini.


Saturday, February 27, 2010

MENINGGAL DUNIA

KEMATIAN MANUSIA

Kematian sentiasa menunggu manusia (dan juga makluk lain ciptaan Allah). Kematian tidak hanya akan berlaku dalam medan peperangan melawan musuh. Jadi manusia tak perlu takut kepada mati semasa berperang tetapi hendaklah bersedia untuknya dan untuk kehidupan bahagia selepas mati syahid tersebut .


Jika kamu mati dalam peperangan sabil maka kamu akan mati syahid dan Allah akan menempatkan kamu ke dalam jagaannya menanti untuk memasuki syurgaNya. Jika kamu mati dalam kebajikan, Allah pula akan mengampunkan kamu dan memberi RahmatNya kepada kamu. Kamu juga akan perolehi syurgaNya.

Beruntunglah orang Islam yang mati sama ada semasa peperangan atau semasa dalam kebajikan.

Berbeza dengan orang kafir dan munafik yang jika tak sempat untuk bertaubat akan dihimpunkan ke dalam neraka untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya.

Matinya manusia bukannya kekal mati. Ianya akan dihidupkan semula untuk berhimpun di Padang Mahsyar untuk penghakiman Allah dan menerima balasan atas apa yang dilakukan di dunia ini.


=================================


Tatkala di Perang Uhud ada kalangan orang Islam telah tidak menurut perintah Nabi Muhammad SAW untuk bertahan di atas bukit memerhati dan menghalang kemaraan pehak musuh.

Mereka mula turun untuk berebut mengambil harta rampasan dengan jangkaan yang perang sudah tamat dan musuh sudah tidak berdaya melawan mereka. Walhal, perbuatan mereka ini telah diketahui oleh musuh dan pehak musuh berjaya menyusup dan membalas serangan, mengakibatkan pehak Islam kelam kabut dan hilang panduan.


Mujurlah ada pehak Islam yang masih bersemangat menentang habis-habisan dan berjaya menghalau musuh keluar dari kawasan tersebut.

Akibatnya ramai juga pejuang Islam yang syahid. Nabi Muhammad SAW tercedera patah giginya dan terjatuh dalam telaga.


Walau pun ada gulungan tentera Islam yang tamak dan tidak menurut perintah Nabi, Nabi Muhammad SAW tidak memarahi mereka. Malah baginda sedia memaafkan mereka dan bersikap lembut kepada mereka.

Allah berfirman bahawa jika Nabi Muhammad SAW berkasar kepada mereka, mereka ini akan lari menjauhi diri daripada Nabi. Sikap lemah lembut dan bersedianya Baginda memaaf dan meminta maaf bagi pehak mereka telah membuat mereka kesal dan sedia untuk terus taat kepada Baginda.


Bak kata pepatah "Ambil yang jernih dan buang yang keruh".


Peristiwa ini banyak pengajarannya kepada pehak Islam termasuklah kepada kita hari ini. Sikap berlemah lembut dan bersedianya Nabi ntuk memaafkan orang lain, dan persediaan untuk meminta maaf untuk mereka yang tersalah adalah satu sikap yang sangat mulia dan menguntungkan semua pehak.

Kemarahan dan tengking hamun tak akan membawa kebaikan tetapi inilah yang disukai oleh syaitan. Malah sikap tersebut adalah sikap yang menjelma dari hasutan dan bisikannya.


Allah juga menyarankan supaya manusia bermesyuarat sama ada dalam hal yang kecil atau yang besar. Bermesyuarat dapat menghasilkan berbagai pandangan dan pandangan yang terbaik dapat dipilih dan dipersetujui. Tindakan unilateral tanpa mesyuarat dan pandangan orang lain mungkin akan mengundang kita membuat keputusan yang kurang tepat yang mengakibatkan bangkangan dan kerugian. Membaikinya pula akan mengakibatkan kos dan kerugian mas. (masa = mas)

Bila kata sepakat sudah dibuat maka bertindaklah bersama mengikut persetujuan tersebut dan tawakallah kepada Allah.


Semasa perang Badar, Nabi juga telah bermenyuarat dengan sahabatnya bagi menentukan untuk berperang di Yasrik (Madinah) atau di luar Yasrik. Persetujuan telah dibuat untuk berperang di luar Yasrik kerana ianya banyak kebaikannya dan kawasan Bandar Yasrik tak punah ranah akibat peperangan.

Semasa berada di Badar mereka juga bermesyuarat dan pendapat Nabi untuk berkhemah di suatu kawasan telah tidak diambil kira kerana terdapat pendapat dari salah seorang sahabat yang lebih lebih baik.

Sahabat tersebut telah mencadangkan supaya mereka berkhemah di satu kawasan lain kerana di situ ada tempat sumber air. Tempat saranan Nabi (Nabi menyatakan bahawa saranannya itu bukannya wahyu Allah tetapi pendapatnya sahaja) tiada sumber air.

Menang benarlah mesyuarat atau perbincangan antara manusia banyak menghasilkan pendapat bernas dan berguna.

Intisari dari ayat 159 yang turunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk manusia, banyak diperkatakan dalam pelajaran saikoloji manusia sekarang ini.

Inilah yang dikatakan pemikiran positif yang mendatangkan kesan yang baik kepada masyarakat.

Ianya bertentangan dengan ajaran dan bisikan syaitan dan kuncu-kuncunya yang bertujuan menjahanamkan manusia.

Kaji dan fahamkanlah Al Quran kerana segalanya ada di dalamnya.



Tambahan:

Mesyuarat antara dua jurutera membincangkan untuk membuat tayar kereta yang empat segi (bukan bulat) telah menghasilkan sistem suspensi kereta yang kita gunakan sekarang ini. Pandangan yang gila pun jika dipanjangkan secara serius dan ilmiah dapat menghasilkan keputusan yang menguntungkan.

Inilah yang dikatakan "nak lain dapat yang lain yang lebih bermakna".


Penduan:
Janganlah takut untuk mengeluar dan menjelajahkan pandangan
yang gila. Kerana dengan kesabaran, jika ianya difikir tubikan
mungkin akan menghasilkan kebaikan.




MadrasatulHuda 1002290630mya

Sunday, February 21, 2010

BISIKAN SYAITAN

PENGARUH SYAITAN


Syaitan memang berperanan mempengaruhi manusia untuk berbuat perkara yang tidak baik dan yang mendatangkan dosa.
Semasa peperangan Uhud, syaitan telah mempengaruhi pasukan memanah yang diarah oleh Nabi Muhammad SAW supaya berada tetap di atas bukit memerhati dan menghalang musuh menyerang dengan membisik supaya turun dari bukit tersebut semata-mata untuk berebut mendapatkan harta rampasan perang. Tatkala itu, pada pandangan mereka orang Islam telah menang perang tersebut dan pasukan kafir dah bertempiaran lari. Perasaan tamak mereka menghendaki harta rampasan perang telah memboloskan satu kawasan pertahanan mereka dan ini apabila diketahui oleh pehak kafir, mereka telah mengambil peluang menaiki bukit tersebut dan menyerang angkaran perang Islam yang kemudiannya menjadi kelam kabut. Nasib baiklah ada kumpulan pejuang Islam yang bermatian melawan dan akhirnya dapat menghalau pasukan kafir keluar dari kawasan tersebut.

Peranan syaitan mengelincirkan sebahagian pasukan tentera Islam menjadi tamak kepada harta dunia dinyatakan dalam ayat 155 Surah Al i 'Imran ini.


________________________________________________

Tentera Islam yang tulin tak takut mati, kerana mereka yakin syahid jika gugur. Kalaulah mereka gugur mereka menjadi syahid dan akan memasuki syurga Allah. Jika mereka menang mereka akan mendapat harta rampasan yang banyak. Jadi mereka tak perlu takut.

Yang merasa takut ini adalah mereka yang kafir dan munafik yang tak akan mendapat apa-apa jika mereka gugur malah akan masuk neraka. Mereka selalu di dalam perasaan takut dan cemas sepanjang masa.
Itu sebabnya orang munafik takut untuk pergi berperang. Mereka rela tinggal di rumah masing-masing. Akan tetapi kematian akan menunggu mereka sama ada di medan perang atau di rumah kediaman. Tak mestinya mereka yang berperang akan mati gugur di medan perjuangan.

______________________________________________

TEGURAN ALLAH

Pada awal kebangkitan Islam dahulu, Allah menegur kesalahan umat Islam serta merta dengan menurunkan ayat Al Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad pernah ditegur dalam Surah 80 apabila baginda tidak melayan Umi Maktum yang buta ketika baginda asyik melayan pembesar Mekah tatkala itu. Umi Maktum kemudiannya telah menjadi muazim (tukang azan) Nabi.

Beliau walaupun buta telah pergi berperang dan syahid di zaman pemerintahan Umar sebagai Khalifah.


Ayat-ayat dari surah Al-I-Imran banyak juga mengandungi teguran Allah kepada orang Islam dan juga Nabi Muhammad SAW sendiri (melarang Nabi melaknat Abu Sufian dan Hendun).




Saturday, February 6, 2010

SURAH AL I 'IMRAN AYAT 153

Surah Al-i-’Imran

[Surah 03]



Semasa Perang Uhud ramai orang Islam mati Syahid menentang gulungan kafir Mekah termasuklah bapa saudara Nabi SAW, Saidina Hamzah yang sempat juga membunuh ramai orang kafir sebelum beliau gugur.

Gulungan kafir Mekah tatkala itu termasuklah Abu Sufian dan isterinya, Hendun. Hamba mereka, Al Wahshi telah membunuh Saidina Hamzah dengan balingan lembingnya. Oleh kerana marah dan geramnya mereka kepada Saidina Hamzah, Hendun telah membelah dada Saidina Hamzah dan meratah hatinya.

Setelah selesai peperangan dan apabila melihat keadaan tubuh Saidina Hamzah, Nabi Muhammad SAW telah melaknat Abu Sufian dan isterinya, Hendun.

Namum Allah telah melarang Nabi Muhammad SAW berbuat demikian melalui ayat 128 Surah Al-i-'Imran. Abu Sufian dan Hendun akhirnya memeluk ugama Islam ketika peristiwa pembukaan Mekah olah Nabi Muhammad SAW kemudiannya. Allah memberi hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Mala petaka yang berlaku semasa perang Uhud adalah sesuatu yang disebabkan olek pejuang Islam sendiri. Mereka telah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW supaya jangan meninggalkan kedudukan mereka di atas bukit, tetapi oleh kerana mereka mementingkan harta dunia (harta rampasan) mereka meninggalkan kawasan bukit semata2 bagi mendapatkan harta rampasan tersebut.

Peluang ini disedari oleh pehak lawan dan mereka kemudiannya berjaya menguasai bukit yang ditinggalkan itu dan menyerang semula. Inilah yang membuatkan kedudukan pehak Islam menjadi kucar kacir dan Nabi Muhammad sendiri telah terperangkap patah giginya dan jatuh ke dalam telaga.

Tapi atas dasar semangat juang pehak yang masih ingin menegakkan Islam, mereka ini bersemangat mempertahankan kedudukan Nabi dan berjaya mempertahankan diri dan mengusir pehak musuh.

Setelah selesai berperang Allah telah memtenteramkan mereka dan mereka pun merasa mengantuk dan dengan itu dapatlah mereka berehat.

Tetapi pehak Islam yang lemah semangat juang mereka kerana harta dunia masih mementingkan diri dan menyangka kepada Allah kerana membenarkan mereka gagal dalam perjuangan. Walhal mereka sendirilah yang memakibatkan kegagalan tersebut.

Inilah ujian Allah.


Friday, January 29, 2010

TASKIRAH BUKIT A - MALU


TIGA JENIS MALU

Manusia mempunyai tiga jenis malu.

Malu yang pertama ialah malu biasa atau malu yang asasnya memang ada pada naluri manusia.

Contohnya:

Manusia malu untuk bertelanjang atau membuang air besar di tepi atau tengah jalan atau dikalayah ramai. Kalaulah mereka berbuat demikian mereka bukanlah manusia normal atau dikatakan manusia yang tak berakal. Sebab manusia yang berakal memang malu untuk berbuat demikian. Kecualulah bayi atau kanak2 yang semengnya belum berakal.

Jenis malu yang kedua ialah malu menyalah gunakan nikmat Allah.

Manusia diberikanan nikmat Allah yang sangat banyak melempah ruah. Mata kita, telinga kita, lidah kita dan lain2 panca indra yang kita ada. Ditambah pula dengan jantung kita, paru2 kita, perut kita, hati kita dan berbagai2 organ yang kita miliki secara percuma. Ditambah lagi dengan nikmat persekitaran kita juga secara percuma, kecuali yang dituntut oleh manusia saperti ketika menggunakan letrik, air, telefon dan sebagainya.

Kita perlu menggunakan segala nikmat yang ada sebaiknya dan secara yang memberi dan mendatangkan faedah kepada kita dan makluk lain di dunia ini. Janganlah nikmat tersebut membawa mudarat kepada kita dan maklul lainnya.

Malulah kita kalau kita menyalah gunakan nikmat yang disediakan. Menyalah gunakan nikmat yang ada mungkin akan mendatangkan mudarat kepada kita sendiri atau yang memudaratkan orang lain.

Jika kita tak malu menyalah gunakan nikmat yang ada maka kita bukanlah manusia yang baik.

Malu jenis ini akan meningkatkan iman kita dan taqwa kita. Beruntunglah jika sedemikian kerana cerah masa depan kita nanti.

Jika kita tak ada malu jenis ini kita akan dibenci. Sikap amanah dan jejujuran akan juga menurun. Sifat belas kesihan terdap manusia dan makluk lain juga akan berkurangan atau pupus sama sekali.

Ingatlah peristiwa di mana si ibu menyuruh anak perempuannya mencampurkan air kepada susu supaya mereka boleh mendapat untung menjual susu yang bercampur air dengan harga susu biasa. Anaknya menolak gesaan ibunya menyatakan walaupun orang tak nampak ketidak jujuran mereka mencampurkan air kepada susu, Allah nampak dan tahu isi hati mereka.

Perempuan ini akhirnya menjuriatkan Abdullah bin Omar yang menjadi seorang pemimpin yang sangat agung seketika dulu.

Perempuan tersebut tahu perkara mencampurkan air kepada susu adalah salah dan beliau takut membuat kesalahan tersebut. Wal hal ibunya tahu ianya salah tetapi berani melanggarnya kerana orang lain tak tahu. Tapi Allah tahu.

Kita bagaimana? Kalaulah kita tahu sesuatu perkara itu salah, adakah kita akan menghindarkannya? Atau kita terus membuatnya? Ramai juga manusia yang akan terus membuatnya.

Ketiganya ialah malu untuk membuat perkara yang dicela Allah. Atau malu untuk menyuruh membuat yang baik dan malu untuk melarang perbuatan yang jahat.

Malulah jika kita membakar Gereja atau menyuruh orang membakar dan merosakkan gereja semata2 kerana kita bersemangat (?) nak mengagungkan Ugama kita. Ini akan membuat mereka mengutuk-cela Allah hasil dari kita menganggu gugat mereka. (Dah kena tangkap pun tiga insan yang diupah)

UstNA


Friday, January 15, 2010

MENEMPAH BALA

TASKIRAH DUA MASJID

Hari ini hari jumaat. Selalunya di pagi jumaat kami pergi ke Bukit A Cheras untuk menghadiri taskirah di Madrasah Islamiah, sekarang baru naik taraf menjadi masjid, Lepas itu kami belanja kami roti canai ikut giliran, dibuat secara sukarela. Selalunya Haji Hashim dan Haji Shaari yang belanja, hari ini tadi Haji Hashim.

Tengah harinya pula ke Masjid Ubudiah Ampang Tasik, mendengar taskirah sebelum sembahyang Jumaat.

Petangnya pula ada sembahyang gerhana juga di Masjid Ubudiah. Ramai yang hadir.

Nak diceritakan, hari ini tajuk taskirah di Bukit A dan di Ubudiah adalah sama. Untung juga siapa yang hadie kedua2 taskirah tersebut. Dapat mengulangkaji tajuk taskirah di hari yang sama.

Kalau diteliti semua yang dinyatakan dalam taskirah bertajuk "15 perkara yang mengundang turunnya bala Allah" memang dah pun berlaku sekarang.

Jadi ramalan Nabi Muhammad SAW memangnya tepat. Patutkah kita menunggu! Menunggu bala yang akan datang.

Angin merah dah berlaku, Gempa bumi dah berlaku. Perangai bukan manusia pun dah berlaku. Dah berlaku tapi belum pada skalar yang besar lagi. Akan datang? Wallah hu a'lam.

H1N1 merupakan angin merah. Gempa bumi berlaku di merata2. Perangai manusia macam binatang sekarang. Pembunuhan ganjil banyak berlaku.

Menjadi harapan kita yang kita tidak terlibat mengundang bala tersebut. Juga keluarga kita tak terlibat. Juga saudara mara, sahabat dan kenalan kita tak terlibat. Juga kampong kita tak terlibat, Kalau kita boleh membuat mereka semua supaya tak terlibat mengundang bala tersebut maka selamatlah kita semua.

Pendeknya semuanya bergantung kepada kita, semua kita tanpa pengecualian.

Wednesday, January 13, 2010

DOA


SENARAI DOA DOA
Amalan Doa Harian - Keluaran Jabatan Mufti Selangor