Sunday, February 21, 2010

BISIKAN SYAITAN

PENGARUH SYAITAN


Syaitan memang berperanan mempengaruhi manusia untuk berbuat perkara yang tidak baik dan yang mendatangkan dosa.
Semasa peperangan Uhud, syaitan telah mempengaruhi pasukan memanah yang diarah oleh Nabi Muhammad SAW supaya berada tetap di atas bukit memerhati dan menghalang musuh menyerang dengan membisik supaya turun dari bukit tersebut semata-mata untuk berebut mendapatkan harta rampasan perang. Tatkala itu, pada pandangan mereka orang Islam telah menang perang tersebut dan pasukan kafir dah bertempiaran lari. Perasaan tamak mereka menghendaki harta rampasan perang telah memboloskan satu kawasan pertahanan mereka dan ini apabila diketahui oleh pehak kafir, mereka telah mengambil peluang menaiki bukit tersebut dan menyerang angkaran perang Islam yang kemudiannya menjadi kelam kabut. Nasib baiklah ada kumpulan pejuang Islam yang bermatian melawan dan akhirnya dapat menghalau pasukan kafir keluar dari kawasan tersebut.

Peranan syaitan mengelincirkan sebahagian pasukan tentera Islam menjadi tamak kepada harta dunia dinyatakan dalam ayat 155 Surah Al i 'Imran ini.


________________________________________________

Tentera Islam yang tulin tak takut mati, kerana mereka yakin syahid jika gugur. Kalaulah mereka gugur mereka menjadi syahid dan akan memasuki syurga Allah. Jika mereka menang mereka akan mendapat harta rampasan yang banyak. Jadi mereka tak perlu takut.

Yang merasa takut ini adalah mereka yang kafir dan munafik yang tak akan mendapat apa-apa jika mereka gugur malah akan masuk neraka. Mereka selalu di dalam perasaan takut dan cemas sepanjang masa.
Itu sebabnya orang munafik takut untuk pergi berperang. Mereka rela tinggal di rumah masing-masing. Akan tetapi kematian akan menunggu mereka sama ada di medan perang atau di rumah kediaman. Tak mestinya mereka yang berperang akan mati gugur di medan perjuangan.

______________________________________________

TEGURAN ALLAH

Pada awal kebangkitan Islam dahulu, Allah menegur kesalahan umat Islam serta merta dengan menurunkan ayat Al Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad pernah ditegur dalam Surah 80 apabila baginda tidak melayan Umi Maktum yang buta ketika baginda asyik melayan pembesar Mekah tatkala itu. Umi Maktum kemudiannya telah menjadi muazim (tukang azan) Nabi.

Beliau walaupun buta telah pergi berperang dan syahid di zaman pemerintahan Umar sebagai Khalifah.


Ayat-ayat dari surah Al-I-Imran banyak juga mengandungi teguran Allah kepada orang Islam dan juga Nabi Muhammad SAW sendiri (melarang Nabi melaknat Abu Sufian dan Hendun).