Saturday, February 27, 2010

MENINGGAL DUNIA

KEMATIAN MANUSIA

Kematian sentiasa menunggu manusia (dan juga makluk lain ciptaan Allah). Kematian tidak hanya akan berlaku dalam medan peperangan melawan musuh. Jadi manusia tak perlu takut kepada mati semasa berperang tetapi hendaklah bersedia untuknya dan untuk kehidupan bahagia selepas mati syahid tersebut .


Jika kamu mati dalam peperangan sabil maka kamu akan mati syahid dan Allah akan menempatkan kamu ke dalam jagaannya menanti untuk memasuki syurgaNya. Jika kamu mati dalam kebajikan, Allah pula akan mengampunkan kamu dan memberi RahmatNya kepada kamu. Kamu juga akan perolehi syurgaNya.

Beruntunglah orang Islam yang mati sama ada semasa peperangan atau semasa dalam kebajikan.

Berbeza dengan orang kafir dan munafik yang jika tak sempat untuk bertaubat akan dihimpunkan ke dalam neraka untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya.

Matinya manusia bukannya kekal mati. Ianya akan dihidupkan semula untuk berhimpun di Padang Mahsyar untuk penghakiman Allah dan menerima balasan atas apa yang dilakukan di dunia ini.


=================================


Tatkala di Perang Uhud ada kalangan orang Islam telah tidak menurut perintah Nabi Muhammad SAW untuk bertahan di atas bukit memerhati dan menghalang kemaraan pehak musuh.

Mereka mula turun untuk berebut mengambil harta rampasan dengan jangkaan yang perang sudah tamat dan musuh sudah tidak berdaya melawan mereka. Walhal, perbuatan mereka ini telah diketahui oleh musuh dan pehak musuh berjaya menyusup dan membalas serangan, mengakibatkan pehak Islam kelam kabut dan hilang panduan.


Mujurlah ada pehak Islam yang masih bersemangat menentang habis-habisan dan berjaya menghalau musuh keluar dari kawasan tersebut.

Akibatnya ramai juga pejuang Islam yang syahid. Nabi Muhammad SAW tercedera patah giginya dan terjatuh dalam telaga.


Walau pun ada gulungan tentera Islam yang tamak dan tidak menurut perintah Nabi, Nabi Muhammad SAW tidak memarahi mereka. Malah baginda sedia memaafkan mereka dan bersikap lembut kepada mereka.

Allah berfirman bahawa jika Nabi Muhammad SAW berkasar kepada mereka, mereka ini akan lari menjauhi diri daripada Nabi. Sikap lemah lembut dan bersedianya Baginda memaaf dan meminta maaf bagi pehak mereka telah membuat mereka kesal dan sedia untuk terus taat kepada Baginda.


Bak kata pepatah "Ambil yang jernih dan buang yang keruh".


Peristiwa ini banyak pengajarannya kepada pehak Islam termasuklah kepada kita hari ini. Sikap berlemah lembut dan bersedianya Nabi ntuk memaafkan orang lain, dan persediaan untuk meminta maaf untuk mereka yang tersalah adalah satu sikap yang sangat mulia dan menguntungkan semua pehak.

Kemarahan dan tengking hamun tak akan membawa kebaikan tetapi inilah yang disukai oleh syaitan. Malah sikap tersebut adalah sikap yang menjelma dari hasutan dan bisikannya.


Allah juga menyarankan supaya manusia bermesyuarat sama ada dalam hal yang kecil atau yang besar. Bermesyuarat dapat menghasilkan berbagai pandangan dan pandangan yang terbaik dapat dipilih dan dipersetujui. Tindakan unilateral tanpa mesyuarat dan pandangan orang lain mungkin akan mengundang kita membuat keputusan yang kurang tepat yang mengakibatkan bangkangan dan kerugian. Membaikinya pula akan mengakibatkan kos dan kerugian mas. (masa = mas)

Bila kata sepakat sudah dibuat maka bertindaklah bersama mengikut persetujuan tersebut dan tawakallah kepada Allah.


Semasa perang Badar, Nabi juga telah bermenyuarat dengan sahabatnya bagi menentukan untuk berperang di Yasrik (Madinah) atau di luar Yasrik. Persetujuan telah dibuat untuk berperang di luar Yasrik kerana ianya banyak kebaikannya dan kawasan Bandar Yasrik tak punah ranah akibat peperangan.

Semasa berada di Badar mereka juga bermesyuarat dan pendapat Nabi untuk berkhemah di suatu kawasan telah tidak diambil kira kerana terdapat pendapat dari salah seorang sahabat yang lebih lebih baik.

Sahabat tersebut telah mencadangkan supaya mereka berkhemah di satu kawasan lain kerana di situ ada tempat sumber air. Tempat saranan Nabi (Nabi menyatakan bahawa saranannya itu bukannya wahyu Allah tetapi pendapatnya sahaja) tiada sumber air.

Menang benarlah mesyuarat atau perbincangan antara manusia banyak menghasilkan pendapat bernas dan berguna.

Intisari dari ayat 159 yang turunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk manusia, banyak diperkatakan dalam pelajaran saikoloji manusia sekarang ini.

Inilah yang dikatakan pemikiran positif yang mendatangkan kesan yang baik kepada masyarakat.

Ianya bertentangan dengan ajaran dan bisikan syaitan dan kuncu-kuncunya yang bertujuan menjahanamkan manusia.

Kaji dan fahamkanlah Al Quran kerana segalanya ada di dalamnya.



Tambahan:

Mesyuarat antara dua jurutera membincangkan untuk membuat tayar kereta yang empat segi (bukan bulat) telah menghasilkan sistem suspensi kereta yang kita gunakan sekarang ini. Pandangan yang gila pun jika dipanjangkan secara serius dan ilmiah dapat menghasilkan keputusan yang menguntungkan.

Inilah yang dikatakan "nak lain dapat yang lain yang lebih bermakna".


Penduan:
Janganlah takut untuk mengeluar dan menjelajahkan pandangan
yang gila. Kerana dengan kesabaran, jika ianya difikir tubikan
mungkin akan menghasilkan kebaikan.




MadrasatulHuda 1002290630mya

No comments: