Wednesday, December 23, 2009

ANAK ABU JAHAL


TASKIRAH IKIM
6.30 pagi dan 7.30 malam

IKLIMAH ABU JAHAL


Sebagaimana yang kita ketahui, Abu Jahal memusuhi kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Anaknya, Iklimah berminat untuk mendekati Islam kerana ramai kawan2nya yang masuk Islam pada waktu Islam mula berkembang di Mekah. Tetapi rancangannya dihalang oleh bapanya.

Semasa perang Badar bapanya telah terbunuh dan mayatnya dicincang oleh pejuang Islam. Ini menjadikan Iklimah berdendam kepada Islam dan pengikutnya.

Semasa perang Uhud, Iklimah yang juga terlibat telah merasa puas hati kerana ramai orang Islam yang dimusnahkan oleh pehak kafir Mekah.

Waktu perang Khandak, Iklimah juga terlibat tetapi mereka terpaksa berundur balik ke Mekah disebabkan berlakunya ribut pasir yang kuat menghalang mereka meneruskan berperang dengan kaum Islam di luar Madinah. Lagi pun mereka tak dapat maju menyerang disebabkan adanya parit yang lebar lagi dalam yang dibena oleh pehak Islam atas saranan Salman Al Farisi. Lebarnya parit tersebut dapat menghalang kuda melompat untuk menyeberanginya dan dalamnya parit itu pula telah menghalang kuda yang jatuh daripada keluar dari parit tersebut. Jadi terpaksalah mereka berkubu di luar kawasan parit tersebut sehingga datangnya ribut pasir tersebut.

Hampalah Iklimah untuk membalas dendam terhadap orang Islam yang membunuh bapanya.

Semasa pembukaan Mekah dan kaum Islam berjaya mengambil alih kota Mekah, Iklimah telah lari ke Yaman.

Isteri Iklimah, Ummu Hakim telah masuk Islam bersama kaum lain di Mekah. Iklimah pula telah diistiharkan sebagai musuh Islam dan diarah supaya dibunuh jika ditemui.

Isteri Iklimah sayang kepadanya dan berjumpa Nabi Muhammad merayu supaya Iklimah diampunkan dan diterima bukan sebagai musuh. Nabi Muhammad bersetuju.

Ini membolehkan Ummu Hakim untuk pergi ke Yaman mencari suaminya diiringi olah seorang kadamnya. Dalam perjalanan ke Yaman kadamnya telah cuba memperkosanya tetapi dapat dielak.

Ummu Hakim akhirnya menemui Iklimah yang ketika itu sedang hendak menaiki kapal keluar dari Yaman.

Pengurus kapal tersebut telah menyatakan kepada Iklimah yang Iklimah boleh menaiki kapalnya dengan selamat dan tak perlu lagi melarikan diri jika ia mengucap shahadah mengesakan Allah dan mengaku yang Muhammad adalah rasul Allah. Iklimah merasa keciwa kerana sebenarnya beliau mahu lari dari ungkapan tersebut dan sekarang disuruh pula berbuat sedemikian untuk dirinya “selamat”.

Ketika itulah isteri Iklimah menemuinya selepas puas mencari. Isterinya menyatakan bahawa Muhammad bin Abdullah (Nabi) adalah manusia yang terbaik dan sangat jujur dan bersedia menerimanya balik jika Iklimah balik ke Mekah. Setelah dipujuk untuk pulang ke Mekah Iklimah setuju dan mereka baliklah ke Markah.

Nabi Muhammad SAW pada satu ketika ada menyatakan kepada sahabatnya yang seorang insan akan datang berhijrah ke Mekah. Mereka diarahkan oleh Nabi supaya jangan mereka keji bapanya kerana ini akan mengakibatnya keluarganya merasa keciwa jika mereka berbuat demikian.

Insan yang dimaksudkan oleh Nabi ialah Iklimah, yang datang ke Mekah menemui Nabi bersama isterinya, Ummu Hakim.

Nabi Muhammad SAW berdiri untuk menyambut kedatangan Iklimah dan menyatakan yang Iklimah akan selamat jika Iklimah mengucapkan Syahadah, melakukan solat dan membayar zakat. Maka islamlah Iklimah.

Itulah insan Iklimah. Ayahnya, Abu Jahal ialah musuh yang memerangi Islam. Iklimah selepas kematian ayahnya berdendam terhadap Islam dan memusuhi orang Islam. Ia melarikan diri menjauhi Islam ketika Islam berkembang di Mekah tetapi akhirnya menjadi pejuang Islam yang gigih. Beliau terlibat dalam peperangan menentang musuh Islam dan beliau ialah pejuang yang memberi air kepada pejuang islam lain yang memerlukan di saat2 beliau sendiri sangat memerlukan air tersebut untuk dirinya.


Apa2 kesilapan (ejaan nama, dan sebagainya) jika ada tidaklah disengajakan. Itu ialah kelemahan penulis. Harap dimaafkan.


ZAID BIN HARISAH


Taskirah IKIM
(6.00 pagi dan 7,30 malam)

ZAID bin HARISAH


Zaid bin Harisah ialah pembantu Nabi Muhammad SAW dan juga menjadi anak angkatnya. Nabi sangat suka kepadanya sehingga pada satu ketika Nabi telah meng”bin”kan Zaid dengan namanya Muhammad, Zaid bin Muhammad.

Sehinggalah Allah melarangnya berbuat demikian saperti dinyatakan dalam ayat 5 Surah Al Ahzab. Seseorang itu mestilah di"bin"kan kepada ayah kangungannya. Maka dengan itu Zaid di"bin"kan kepada bapanya Harisah, Zaid bin Harisah.

Zaid semasa kecilnya sebenarnya tinggak bersama keluarganya. Tetapi ketika dia diserang semasa mengikut rombongan ayahnya berniaga, dia telah ditawan dan dijadikan hamba yang dibelikan oleh Hakim Huzan. Hakim kemudiannya menyerahkan Zaid kepada Khadijah, isteri Muhammad bin Abdullah (masa itu Nabi Muhammad belum dilantik sebagai nabi lagi). Khadijah kemudian menghadiahkan Zaid kepada Muhammad sebagai hadiah perkahwinan mereka. Muhammad sangat suka kepada Zaid.

Seakan sama dengan nasib Nabi Yusuf juga. Nabi Yusuf dibuang oleh saudaranya ke dalam telaga dan dipungut oleh pengembara/peniaga dan dijual sebagai hamba di Mesir. Zaid pula dirampas dari kumpulannya dan dijadikan hamba. Itulah nasib dan tuah masing2 hasil perancangan Allah.

Ayah Zaid, Harisah merasa sangat sedih kerana anaknya telah hilang ditawan orang. Beliau telah mencari Zaid merata2 untuk menemuinya dan mengambilnya balik ke pangkuan kelurarga.. Akhirnya beliau mendapat tahu yang Zaid berada di Mekah bersama Muhammad Abdullah.

Harisah telah pergi ke Mekah menemui Muhammad dan menawarkan bayaran bagi mendapatkan balik anaknya Zaid. Muhammad telah menyatakan bahawa mereka perlu bertanya Zaid dahulu dan mendapatkan keputusannya. Jika Zaid setuju untuk balik semula kepada ayahnya, Muhammad berjanji akan membenarkan Zaid mengikut ayahnya tanpa apa2 bayaran. Jika Zaid membuat keputusan untuk tinggal bersamanya di Mekah maka hubungan mereka sekeluarga tidak akan putus dan mereka boleh berkumpa bila2 masa.

Bila ditanya kepada Zaid, beliau memilih untuk hidup bersama Muhammad dan tidak pulang bersama ayahnya, walaupun ia akan bebas bersama keluarga asalnya. Ini adalah kerana Muhammad adalah manusia yang sangat disanjungnya. Ayahnya sangat keciwa dan mengutuk Zaid atas keputusannya untuk tinggal menjadi pembentu kepada Muhammad, walhal ia akan menjadi bebas merdekas kalau hidup bersama keluarga asalnya.

Peristiwa ini membuktikan yang Muhammad tidak pentingkan wang. Jika beliau pentingkan wang beluai boleh memulangkan Zaid dengan mendapat bayaran yang lumayan yang tawarkan oleh bapa Zaid.


Zaid telah dikahwinkan dengan Zainab tetapi jodoh mereka tak kekal. Nabi Muhammad kemudian berkahwin dengan Zainab janda Zaid menghalalkan peraturan bahawa seorang bapa angkat dibenarkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya. Ianya juga bagi menghapuskan amalan kaum Jahiliah melarang bapa angkat mengahwini bekas isteri anak angkat yang telah bercerai.

Zaid kemudiannya berkawin dengan seorang dari hamba kepada Nabi Muhammad SAW dan dikurniakan anak bernama Husamah.

Zaid banyak mengikuti Nabi untuk berperang dan telah meninggal dunia dalam salah satu dari peperangan tersebut.


Dengarlah rancangan IKIM ini di Radionya setiap jam 6.30 pagi dan ulangannya pada 7.30 malam. @ 91.50 MHz
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxx


Sunday, December 20, 2009

TIGA LIMA2

TIGA DUA LIMA?



Inilah gambar kereta sahabat saya Hj Hashim. Semalam beliau datang ke warung Pak Mid untuk sarapan pagi bersama Pak Umar. Beliau meletakkan keretanya di hadapan kami. Kami ketika itu sedang minum pagi.

Saya tanya Haji Osman berapakah nombor kereta Hj Hashim itu?

Sebelum itu saya nak cerita tentang Hj Osman dulu . . . .

Beliau sangat tekat untuk pergi haji tahun ini. Sangat keciwa beliau bila tidak dapat surat tawaran dari Tabung Haji untuk pergi haji di Mekah tahun ini. Tiga kursus haji anjuran dua masjid telah dihadirinya.Tetapi beliau tak putus asa, satu di antara sikap seorang muslim yang patut kita contohi.

Tetapi beliau tak putus asa. Banyak kali beliau pergi ke Tabung Haji membuat rayuan untuk pergi ke Mekah. Akhirnya nasibnya menyebelahinya dan ditawar pergi ke Mekah lusanya. Oleh kerana beliau telah bersedia maka tak ada masaalah baginya dan terbanglah beliau pada 30 Oktober dan pulang pada 15 Disember lalu. Buat khenduri kesyukuran beliau sebelum pergi (sempat jugatu) dan sekembalinya dari Mekah.

Inilah usaha. Tekad berusaha InshaAllah akan tercapai cita2. Kalaulah beliau tak pergi merayu banyak kali sudah tentu belum dapat kami panggil beliau Haji Osman lagi. Alhamdulillah.

Usaha tangga Kejayaan”.


Balik ke cerita tadi . . . .

Saya tanya Hj Osman apakah nombor kereta Hj Hashim itu?

Katanya: “Tiga Lima Lima”

Saya katakan: “Bukan”

Katanya lagi : “Betullah. Tiga Lima Lima”

Saya kata: “Bukan.”

Kalau anda, berapakah nombor tersebut? Kalau tak nampak lihat di bawah ini. Saya besarkan gambarnya. Berapa nombornya?



Saya pasti akan kata: “Tiga Dua Lima”

Betulkal saya ini?

Betul . . . .

Sebenarnya, Sebut “Tiga Lima Lima” atau “Tiga Dua Lima” kedua2nya adalah betul. Sebut "Tiga Lima Dua" pun betul.

Kalau tak percaya angkakan numbornya:

Tiga Lima Lima” = 355

Tiga Dua Lima” = 355 (tiga lima ada dua)

"Tiga Lima Dua" = 355 (tiga lima dua kali sebut)

Benda yang satu dan sama ini boleh menyebabkan pergaduhan jika manusia tak waras. Kalau saya keras kepala dan Hj Osman juga keras kepala, maka kami akan berkata yang masing2 adalah betul dan sahabat lawan cakapnya adalah salah. Itu belum orang lain masuk campor.

Ini baru kes nombor kereta Hj Hashim.

Kalau dalam kes yang lebih berat mungkin kami akan bergaduh kalau tak sabar dan adalah kaki gaduh. Dan mungkin kami ada bawa gang cabar mencabar menegak benang basah.

Inilah yang sering berlaku. Tak percaya bacalah surat khabar. Setiap hari ada orang yang bergaduh, berbunuh dan berperang sebab masing2 kata ia dan gangnya adalah benar yang seterunya adalah salah. Dan yang salah perlu dihancur musnahkan.

Kenapa manusia bergaduh dan bermusuhan. Adakah sebab Hj Hashim berhentikan di depan kami dengan kereta Tiga Dua Limanya? Bukan. kereta Tiga Lima Limanya?

Dunia akan terus bergolak dan mengundang malapetaka jika manusia terus berperinsipkan “tiga lima lima” bukan “tiga dua lima” untuk nombor 355.

Jika manusia tidak sabar mengambil tahu asas pandangan orang lain berseterulah mereka. Maka perlulah kita mendengar pendapat orang lain sebelum kita bertindak selanjutnya. Jika kita berbuat demikian mungkin kita sama2 akan gelak kelakar atas pandangan masing2 kerana kedua2nya adalah betul, benar dan tepat.

Jadilah kita macam Persatuan Europah (European Union) yang berjaya mengabungkan “ramai” negara yang “berlainan” menjadi satu. Turki yang hendak masuk pun tak dapat lagi. Bekas negara kominis dah banyak diterima masuk.

Dan kita ada ASEAN yang masih merangkak. Tetapi jika kita terus yakin kita pasti akan berjaya. InshaAllah.

Janganlah menjadi macam Iraq, Afganistan, Pakistan, Somalia dan sebagainya. Mereka belum lagi boleh menerima 355 adalah sama dengan 325.

Ada kumpulan manusia yang berjaya dengan bergaduh dan cakap merapu antara mereka. Kumpulan ini dinamakan “think tank” atau “kumpulan pemikir”. Mereka akan berkumpul dan cakap “merapu” untuk menghasilkan resolusi dan plan tindakan yang sangat berguna.

Banyak kumpulan politik dan perniagaan yang menggunakan “think tank” ini, termasuklah di Malaysia sendiri.

Syarikat Lotus mencipta alat suspensi kenderaan hasil pemikiran karut juruteranya yang mahu membuat tayar empat segi bukan yang bulat macam sekarang ini. Apabila mereka panjangkan pemikiran karut ini timbullah ilham untuk menstabilkan kenderaan jika tayarnya empat segi. Terhasillah alat suspensi kenderaan yang kita gunakan sekarang.

Pergaduhan terkawal banyak gunanya. Asalkan sang Syaitan tak masuk campur. Atau nafsu manusia tak menganggu.

Jadi teruskan bergaduh. Asalkan kita penyabar dan pemaaf (kliklah).

http://anakpandak.blogspot.com/2009/12/taskirah-pagi-ahad-091220.html
Istilah bergadoh ini termasuklah yang kita sebut berbincang, diskusi, brain storming, bertanya, soal siasat, ulang kaji, kaji selidik, post mortem dan sebagainya. Bukankah itu pergaduhan yang terkawal? Kesemuanya adalah pergaduhan mental bukannya pergaduhan fisikal.

(Dalam post mortem mayat, mayat tersebut berkata2 dengan manusia yang menjalankan post mortem tersebut. Percaya tak? Kalau tak percaya bagaimana mereka boleh tahu sebabnya dia mati? Mestilah mayat tersebut beritahunya tetapi bukan dengan cara bercakap tapi dengan cara lain yang ahlinya saja yang faham. Kalau anda nak tahu jadilah ahli post mortem mayat).

Asas pergaduhan yang baik ialah mencari persamaan dan perbezaan masing2. Yang berbeza itu kita tangguhkan kalau tak dapat kita cari titik persaannya untuk dibincang selesaakan kemudian. Tetapi persamaan yang ada kita gunakan sepenuhnya untuk kebaikan dan kemajuan kita bersama. Kita gunakan prinsip menang-menang, semua beruntung dan tiada yang rugi.
tiga lima lima = tiga dua lima = tiga lima2 = three five five = three two fives = therr fivw twice

tiga lima lima = tiga dua lima = tiga lima2 = three five five = three two fives = therr fivw twice

tiga lima lima = tiga dua lima = tiga lima2 = three five five = three two fives = three five twice



Wednesday, December 16, 2009

PENGAKUAN ABU SUFIAN

TERBUKTI IANYA NABI ALLAH

Taskirah IKIM

(jam 0630 dan jam 1930 setiap hari)


Ketika bertemu dengan Maharaja Rom, Abu Sufian telah ditanya oleh Maharaja tersebut tentang seorang yang mengaku ianya nabi di Mekah tatkala itu. Selepas mendengar jawapan kepada beberapa soalan yang diajukannya kepada Abu Sufian, Maharaja tersebut telah menyatakan yang jika segala jawapan yang dinyatakan oleh Abu Sufian kepada soalan2 Maharaja tersebut adalah benar (Abu Sufian tidak berbohong atau berdalih) maka orang yang mengaku dirinya nabi itu adalah sabenarnya seorang nabi yang diturunkan Allah. Tambahnya lagi:

Aku tak menyangka yang nabi tersebut akan berada bersama kamu Abu Sufian, dan diturunkan kepada masyarakat yang kunu dan tidak bergitu tamadun. Aku tahu tentang kedatangannya kerana ianya tertulis dalam Kitab2 Taurat dan Injil.”

Katanya lagi: “Jika aku dapat bertemu dengannya, aku akan membasuhkan kakinya dan mencium kakinya. Dan tak lama lagi beliau yang mengaku nabi ini akan mengambil tempat kamu sekarang ini. Percayalah”.

Begitulah kepercayaan seorang Maharaja dan ahlil kitab tentang seorang nabi Allah, Nabi Muhammad SAW.

Tatkala itu Abu Sufian tidak begitu yakin dan tidak mengindahkan apa yang dikatakan oleh Maharaja Rom tersebut. Hanya selepas Abu Sufian masuk Islam barulah cerita ini dinyatakannya.


Bapa saudara Siti Khatijah, isteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Al Warakah juga mengaku dan menyatakan yang Muhammad bin Abdullah ialah seorang nabi yang diturunkan oleh Allah. Ini berdasarkan kepada pengetahuannya dari kitab Nasrani (Injil) yang diketahuinya hasil percampurannya dengan orang Nasrani. Warakah juga menyatakan yang Nabi Muhammad akan diusirkan oleh kaumnya dan jika ia (Warakah) masih hidup ketika ia tentu pasti akan menyokong Nabi Muhammad dan menjadi pengikutnya. Pertemuan dan pengesahan Warakah dibuatnya ketika Khadijah membawa Nabi Muhammad menemuinya selepas Jibril menjelma untuk bertemu Nabi dengan wahyu Allah kepada Nabi.


Ketika Jaafar berhijrah ke Habsah pada awal kedatangan Islam Raja Agassi menangis apabila Jaafar membacakan Surah Mariam kepadanya. Agassi menyatakan bahawa surah yang dibacakan oleh Jaafar lebih jelas menyatakan tentang Mariam ibu kepada Nabi Isa daripada kitab ugamanya. Agassi adalah seorang ahlil kitab berugama Nasrani. Beliau juga percaya yang Muhammad adalah nabi yang dinyatakan dalam kitab mereka.

Apakah yang dinyatakan oleh Abu Sufian kepada Maharaja Rome bagi menjawab soalan2 Maharaja tersebut? Di antara kenyataan Abu Sufian kepada Maharaja tersebut dan kata balas Maharaja tersebut ialah:

# - Muhammad bukanlah keturunan raja atau gulungan pemerentah terdahulu. Jika ia keturunan raja atau pemerentah mungkin ia menyatakan ianya nabi kerana mahu merampas balik kerajaan datuk neneknya.

# - Pengikut Muhammad bukan dari gulungan kaya atau ketua kaumnya tetapi adalah dari gulungan miskin. Ketua kaum tak layak mengikut ajaran orang biasa saperti Muhammad. Itu adalah pandangan mereka yang berkuasa kerana takutkan kehilangan kuasa dan harta benda.

# - Muhammad sebelum mengaku nabi ialah seorang yang lurus dan sangat dipercayai percakapannya. Jadi dia bercakap benar apabila mengaku dirinya nabi. Dan sepatutnyalah ianya nabi kerana beliau tak akan berbohong.

# - Pengikutnya tak ada yang meninggalkan ajaran Muhammad mengambarkan ajarannya adalah benar.

# - Pengikutnya semakin bertambah. Kerana mereka percaya kepada ajarannya yang benar.


Mengikut Maharaja tersebut kitab Taurat dan Injil ada menyatakan kedatangan nabi akhir zaman. Dan apa yang dinyatakan oleh Abu Sufian selari dengan apa yang dinyatakan oleh kitab2 tersebut dan amat tepat sekali.

Itulah Nabi Muhammad SAW. Seorang nabi terakhir utusan Allah.

Telah dinyatakan dalam kitab terdahulu tetapi tidak diterima oleh ramai manusia tatkala itu. Al Quran menyatakan yang sikap dengki dan dendam merekalah yang menyebabkan mereka tidak dapat menerima Muhammad sebagai nabi Allah yang mereka tunggu2kan. Ini adalah Muhammad adalah seorang Arab bukan Yahudi atau Nasrani.

Semasa kecilnya Muhammad telah mengikut bapa saudaranya berniaga di Syam dan bila dikenal pasti ianya adalah bakal nabi oleh seorang pendita Yahudi, pendita Yahudi telah menyarankan kepada bapa saudara Muhammad supaya membawa Muhammad pulang kerana kalau perkata ini (tanda kenabian pada Muhammad) diketahui oleh orang Yahudi Muhammad akan dibunuh oleh mereka.

Ini membuktikan yang ramai mereka yang berilmu tahu yang Muhammad adalah nabi atau bakal nabi sebelum baginda dilantik sebagai nabi. Tetapi ramai pula yang tak mahu menerima hakikat ini.

Tapi pengikut Muhammad terus bertambah sehingga hari ini.

Sebuah buku tulisan seorang sarjana Barat menyatakan bahawa Nabi Muhammad ialah manusia yang paling terpengaruh dikalangan seluruh manusia di dunia ini sejak Nabi Adam sehingga sekarang (sehingga kiamat).

Malangnya ramai manusia percaya kepada Nabi Muhammad tetapi gagal mengikut ajaran dan panduan hidup yang dibawanya dari wahyu Allah itu.

Diharap mereka tidak menyesal nanti dan sempat bertaubat. AMIN. Perkenankanlah.


Saturday, August 8, 2009

TASKIRAH - 003 SURAH AALI IMRAN


PERBINCANGAN - 109 - 110 (KELUARGA IMRAN)



BACA DAN DENGAR SURAH 003 Al-i-’Imran


Segala urusan di bumi dan di langit adalah di bawah pentadbiran dan kuasa Allah. Perkara ini diperkatakan dalam Al Quran 1400 tahun dahulu. Dan telah pun didapati benar oleh beberapa orang saintis yang apabila mengetahui tentang percakapan dan penerangan dalam Al Quran ini percaya padanya dan ramai masuk Islam.

Al Quran memang banyak mencatatkan ayat tentang sains yang apabila diselidik-kaji oleh para saintis memang tepat kebenarannya.

Pada mereka Al Quran merekodkan kebenaran tersebut 1400 tahun dahulu melalui Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Mana mungkin Nabi Muhammad tahu kebenaran tersebut dengan sendirinya.

Kebenaran ini membuktikan kesahihan Al Quran sebagai kalam Allah untuk dijadikan panduan dan turutan manusia khasnya.

Al Quran juga menyatakan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik. Tetapi bersyarat.

Syaratnya ialah mereka yang Islam itu 1# bertakwa kepada Allah (dan rasulnya),
2# mengalakkan dan menyuruh berbuat baik dan 3# melarang daripada berbuat mungkar.

Apa yang baik dan apa yang mungkar tercatat dalam Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Nak tahu baca dan bincanglah.

Konsep bertakwa kepada Allah juga tercatat dalam Al Quran dan diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan diterus terang-bicarakan oleh para ulama dan guru agama sampai kiamat nanti, InshaAllah. Selidiklah dan kajilah.

Adalah sangat baik jika semua manusia dapat berbuat perkara yang tiga ini (berbuat/mengallakkan perkara yang maaruf (baik), menjauhi atau melarang perkara yang mungkar dan takut-taat kepada Allah.

Berbuat baik pula mestilah mengikut tafsiran Allah bukan tafsiran manusia. Banyak perkara yang pada Allah adalah perkara yang mungkar tetapi pada pendapat dan amalan manusia adalah baik. Contohnya; bersalam antara mereka yang bukan muhram. Mengikut adat manusia ianya adalah perkara yang baik (sopan dan terhormat) tapi mengikut ukuran Allah ianya membawa dosa. Bertepoklah syaitan kerana ia dapat kawan yang sama-sama menentang kehendak/perintah Allah.

Mereka yang kufur dan menentang Islam sebenarnya tidak akan berjaya menentang Islam. Mereka berani ketika ramai tapi kecut jika bertindak kesaorangan atau apabila dalam gulungan yang kecil.

Akan tetapi mereka banyak menghasut dan mengalakkan perpecahan umat Islam. Kaum Arab Madinah yang bersatu dalam Islam (dulunya memang kaki gaduh selalu berperang antara satu sama lain) di zaman Nabi Muhammad telah dihasut untuk mengingatkan kembali zaman mereka bermusuhan dahulu, mengakibatkan kaum tersebut geram antara satu dengan yang lainnya dan mula cari pasal nak bergaduh dan berperang semula.

Nasib baiklah Nabi Muhammad dapat tahu tentangnya dan berjaya menyatukan semula puak tersebut.

Zaman ini pun puak ini masih berusaha memecah jajah umat Islam. Baca dan dengar dan analisakan berita semasa untuk mengetahuinya.

Tapi Allah menyatakan yang mereka tak akan berjaya kerana sebenarnya mereka adalah penyecut walau pun bijak. Akan tetapi umat Islam mestilah berjaga2 dan berusaha menandingi mereka dalam semua segi supaya kita tak dilalaikan dan dipermainkan.

Bacalah tafsir dan terlibatlah dengan perbincangan ilmiah lainnya untuk penerangan yang lebih luas dan mendalam.


Klik pada rajah jika nak besarkannya
Untuk renungan . . . . . .

Tuesday, June 2, 2009

SURAH 071 NUH

071 NUH

(Kesah Nabi Nuh)


RENGKASAN SURAH

Allah telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya dengan berfirmanNya: "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya". Nuh pun menyeru kaumnya dengan berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata. Sembahlah Allah dan bertaqwalah kepadaNya serta taatlah kamu kepadaku”.


"Supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan tidak terkena azab Allah nanti. Segeralah beribadat dan bertaqwa kerana sesungguhnya ajal ketetapan Allah apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan. Kalaulah kamu mengetahui hakikat ini tentulah kamu segera beriman".


Setelah puas menyeru mereka Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam supaya mereka beriman. Namun seruanku itu tidak mereka tyrutu malah mereka lebih melarikan diri dari kebenaran. Setiap kali aku menyeru mereka beriman supaya Engkau mengampunkan dosa mereka, mereka menyumbatkan telinga mereka dengan jari masing-masing dan berselubung dengan pakaian mereka serta berdegil dengan keingkarannya. Juga berlaku sombong takbur dengan melampau.


"Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang. Selain dari itu aku berulang-ulang menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.


"Sehingga aku berkata kepada mereka: “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di dalamnya.


"Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah dan kekuasaanNya. Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?


"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingka dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu terang-benderang. Dan Allah telah menumbuhkan kamu tanaman tumbuhan yang sungguh sempurna. Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi secara mematikan kamu dan menghidupkan kamu semula untuk dihitung amalan kamu dan diberi balasannya?”


"Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".


Nabi Nuh merayu lagi dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku dan mereka telah menurut orang yang berharta bendanya dan banyak anak-pinaknya. Mereka juga telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan untuk menentang seruanku. Dan ketua-ketua mereka menghasut dengan berkata: “Jangan kamu meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kamu terutama penyembaha) Wadd dan Suwaa' dan Yaghuth dan Ya'uuq serta Nasr.


"Dan sesungguhnya ketua-ketua mereka itu telah menyesatkan kebanyakan dari umat manusia dan dengan yang demikian janganlah Engkau wahai Tuhanku menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".


Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan dengan banjir dan taufan. Kemudian pada hari akhirat nanti merekaakan dimasukkan ke dalam neraka tanpa beroleh sebarang penolong selain Allah.


Nabi Nuh merayu lagi dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka hidup nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.


"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman. Dan ampunkanlah bagi sekalian orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dalam segala zaman. Dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"



0000000000000000000000000000000000000000

071 Nuh


071:1 Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".


071:2 dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;


071:3 "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;


071:4 "Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".


071:5 (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);


071:6 "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).


071:7 "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.


071:8 "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;


071:9 "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.


071:10 "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.


071:11 "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;


071:12 "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).


071:13 "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -


071:14 "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?


071:15 "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,


071:16 "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),


071:17 "Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,


071:18 "Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?


071:19 "Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,

071:20 "Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".


071:21 Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).

071:22 "Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).


071:23 "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.


071:24"Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".


071:25 Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).


071:26 Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!


071:27 "Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.


071:28 "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"



0000000000000000000000000000000000000000000000000000

2KD

SURAH 072 Al - JINN

072 SURAH AL - JINN


RINGKASAN SURAH

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang aku bacakan, lalu mereka menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran, sebuah Kitab Suci yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.”


“Dan ketahuilah wahai kaum kami! bahawa sesungguhnya Tuhan kita tidak beristeri dan tidak beranak.”


“Dan ajaran Al-Quran nyatalah bahawa sesungguhnya: ketua kita yang kurang akal pertimbangannya telah mengatakan mengenai Allah perkara yang tak benar. Dan aalah salah yang kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.”


“Dan bahawa sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang gulungan manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada kepada golongan jin kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”


“Dan bahawa sesungguhnya tidaklah benar manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat. Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya dan dengan rejaman-rejaman api yang menyala. Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat perhentian di langit untuk mendengar percakapan penduduknya. Maka sekarang sesiapa yang cuba mendenga, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah dengan adanya kawalan langit yang demikian hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka? Dan bahawa sesungguhnya memang maklum ada di antara kita golongan yang baik keadaannya dan ada di antara kita yang lain dari itu kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan. Dan bahawa sesungguhnya kita sekarang mengetahui bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah walau di mana sahaja kita berada di bumi dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya walau ke langit sekalipun. Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk Al-Quran kami beriman kepadanya dengan tidak bertangguh lagi; kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian mengenai amalnya yang baik dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan. Dan bahawa sesungguhnya dengan datangnya Al-Quran, nyatalah ada di antara kita golongan yang berugama Islam dan ada pula golongan yang kufur derhaka dengan menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam dengan beriman dan taat, maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar. Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.”


Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi: "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka manusia dan jin itu berjalan betul di atas jalan Islam sudah tentu Allah akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama menurunkan hujan lebat kepada mereka. Pemberian yang demikian untuk Kami menguji dan menzahirkan bawaan dan keadaan mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam; dan ingatlah, sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, dengan berlaku ingkar - derhaka, maka Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.


"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk ibadat kepada Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.


"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah Nabi Muhammad berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".


Katakanlah wahai Muhammad: "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".


Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.


Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari azab Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,


"Aku diberi kuasa hanya menyampaikan wahyu dari Allah dan perintah-perintahNya yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya; dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".


Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad, sehingga apabila mereka melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.


Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada azabyang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.


"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -


"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).


"Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - dengan jagaan mereka - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, dengan sempurna; pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".



000000000000000000000000000000000000000000000000000

072 Al-Jinn


SURAH SEPENUHNYA

072:1 Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!


072:2 Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.


072:3 Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.


072:4 Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;


072:5 Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.


072:6 Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.


072:7 Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).


072:8 Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.


072:9 Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.


072:10 Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?


072:11 Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.


072:12 Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).


072:13 Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.


072:14 Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,


072:15 Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '


072:16 (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.


072:17 "(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.


072:18 "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.


072:19 "Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".


072:20 Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".


072:21 Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.


072:22 Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,


072:23 "(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".


072:24 (Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.


072:25 (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.


072:26 "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -


072:27 "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).


072:28 "(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".



00000000000000000000000000000000000000000000000000

SURAH 073 AL - MUZZAMIL

073 Al-Muzzammil

(Yang Berselimut)


RINGKASAN SURAH

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selepas mendapat sedikit rehat. Dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". Biasakanlah berbuat ibadat yang berat kerana Kami akan menurunkan kepadamu wahyu Al-Quran yang mengandungi perintah yang berat kepada mereka yang tidak bersedia.


Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam berkesan kepada jiwa dan tetap betul bacaannya.


Digalakkan beribadat pada malam kerana engkau mempunyai banyak urusan pada siangnya.


Sebutlah dengan lidah dan dengan hati akan nama Tuhanmu terus menerus siang dan malam serta bulatkan tumpuan amal ibadatmu kepadaNya.


Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat. Tiada Tuhan melainkan Dia. Maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.


Bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh penentangmu dan jauhi mereka dengan cara yang baik.


Dan biarkanlah Aku sahaja yang akan membalas pendusta bawaanmu itu dan berilah tempoh sedikit kepada mereka. Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan untuk mereka belenggu dan neraka yang menjulang-julang, serta makanan yang menjadikan tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


Azab itu tetap berlaku apabila bumi dan gunung-ganang bergoncang serta hancur.


Kami mengutus kamu sebagai seorang Rasul yang menjadi saksi tentang orang yang mematuhi atau yang menolak seruannya sebagaimana Kami telah mengutus Musa kepada Firaun.


Maka Firaun menderhaka lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang berat.


Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - dari azab hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?


Langit yang demikian besarnya akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan Kiamat. Ingatlah janji Allah adalah benar.


Sesungguhnya keterangan yang mengandungi amaran ini menjadi peringatan. Oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya dengan iman dan taat.


Sesungguhnya Tuhanmu wahai Muhammad mengetahui bahawasanya engkau bangun sembahyang Tahajjud selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya. Demikian juga dilakukan oleh orang-orang yang bersamamu. Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu dengan memberi kemudahan kepada kamu. Oleh itu bacalah dalam sembahyang kamu mana2 surah yang mudah kamu. Ia juga mengetahui bahawa di antara kamu ada yang sakit, dan yang lainnya orang-orang musafir di muka bumi mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan yang lainnya lagi orang yang berjuang pada jalan Allah membela ugamaNya.


Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik ikhlas. Dan ingatlah, apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.


Dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

073 Al-Muzzammil

Surah sepenuhnya adalah berikut

073:1 Wahai orang yang berselimut!.


073:2 Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),


073:3 Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,


073:4 Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".


073:5 (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).


073:6 Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.


073:7 (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;


073:8 Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


073:9 Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.


073:10 Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.


073:11 Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;


073:12 Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,


073:13 Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


073:14 (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.


073:15 Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.


073:16 Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.


073:17 (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?


073:18 Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.


073:19 Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).


073:20 Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



000000000000000000000000000000000000000000

- 073 -