Saturday, February 6, 2010

SURAH AL I 'IMRAN AYAT 153

Surah Al-i-’Imran

[Surah 03]



Semasa Perang Uhud ramai orang Islam mati Syahid menentang gulungan kafir Mekah termasuklah bapa saudara Nabi SAW, Saidina Hamzah yang sempat juga membunuh ramai orang kafir sebelum beliau gugur.

Gulungan kafir Mekah tatkala itu termasuklah Abu Sufian dan isterinya, Hendun. Hamba mereka, Al Wahshi telah membunuh Saidina Hamzah dengan balingan lembingnya. Oleh kerana marah dan geramnya mereka kepada Saidina Hamzah, Hendun telah membelah dada Saidina Hamzah dan meratah hatinya.

Setelah selesai peperangan dan apabila melihat keadaan tubuh Saidina Hamzah, Nabi Muhammad SAW telah melaknat Abu Sufian dan isterinya, Hendun.

Namum Allah telah melarang Nabi Muhammad SAW berbuat demikian melalui ayat 128 Surah Al-i-'Imran. Abu Sufian dan Hendun akhirnya memeluk ugama Islam ketika peristiwa pembukaan Mekah olah Nabi Muhammad SAW kemudiannya. Allah memberi hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Mala petaka yang berlaku semasa perang Uhud adalah sesuatu yang disebabkan olek pejuang Islam sendiri. Mereka telah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW supaya jangan meninggalkan kedudukan mereka di atas bukit, tetapi oleh kerana mereka mementingkan harta dunia (harta rampasan) mereka meninggalkan kawasan bukit semata2 bagi mendapatkan harta rampasan tersebut.

Peluang ini disedari oleh pehak lawan dan mereka kemudiannya berjaya menguasai bukit yang ditinggalkan itu dan menyerang semula. Inilah yang membuatkan kedudukan pehak Islam menjadi kucar kacir dan Nabi Muhammad sendiri telah terperangkap patah giginya dan jatuh ke dalam telaga.

Tapi atas dasar semangat juang pehak yang masih ingin menegakkan Islam, mereka ini bersemangat mempertahankan kedudukan Nabi dan berjaya mempertahankan diri dan mengusir pehak musuh.

Setelah selesai berperang Allah telah memtenteramkan mereka dan mereka pun merasa mengantuk dan dengan itu dapatlah mereka berehat.

Tetapi pehak Islam yang lemah semangat juang mereka kerana harta dunia masih mementingkan diri dan menyangka kepada Allah kerana membenarkan mereka gagal dalam perjuangan. Walhal mereka sendirilah yang memakibatkan kegagalan tersebut.

Inilah ujian Allah.


No comments: