Saturday, March 13, 2010

MEREKA TAK SAMA

[003] Surah Al I 'Imran


Allah bertanya adakah sama mereka yang beriman dengan yang tidak beriman?

Tak sama. Orang yang mendapat kemurkaan Allah (yang tak beriman) adalah mereka yang tidak menurut segala perintahNya dan tidak menjauhi laranganNya. Mereka ini akan ditempatkan ke dalam Neraka, tempat kembali yang sangat buruk keadaannya.

Mereka yang diredoi Allah (yang beriman) adalah mereka yang menurut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, akan ditempatkan ke dalam syurga dan kekal mereka di dalamnya

Kaum Arab di Mekah di awal kedatangan Islam dahulu mendapat rahmat Allah kerana mereka disediakan seorang nabi dari gulungan mereka sendiri membinbing mereka ke jalan yang benar.

Mereka telah lama di dalam keadaan sesat dan kebanyakannya telah meninggalkan syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Mereka telah lama menyembah berhala dan tidak lagi menyembah Allah.

Pada mereka Allah masih ujud tetapi mereka tidak lagi memohon permintaan terus kepada Allah tetapi berbuat demikian melalui berhala mereka.

Mereka tatkala itu percaya bahawa Allah ada anak dan anak Allah ialah malaikat (perempuan). Kaum Yahudi (Madinah) dan Kaum Nasrani juga percaya bahawa Allah ada anak (Usair dan Nabi Isa).

Nabi Muhammad diutuskan Allah untuk membetulkan akidah mereka yang lama sesat itu. Dan Nabi Muhammad menyatakan yang Allah tiada anak (melalui Surah Al-Ikhlas)


Semasa pengambil alihan Mekah oleh Nabi Muhammad dan sahabat2nya terdapat di Ka'abah tak kurang 360 berhala dan terdapat dua berhala besar di Bukit Safar dan Bukit Marwah. Sehingga kaum Islam tatkala itu ragu2 untuk tawaf dan saie.

Tapi mereka dinyatakan oleh Nabi Muhammad dan Al Quran sendiri yang ibadah yang mereka lakukan adalah kerana Allah dan tidak perlu merasa terganggu oleh berhala yang ada. Berhala2 tersebut kemudiannya telah dimusnahkan.

________________________________________

ILMU

.

No comments: