AGM
AGM ialah sengkatan kepada “Attention Getting Mechanism” atau dalam bahasa Malaysianya “Cara atau Alat Menarik Perhatian”.
Ianya ialah satu istilah saikoloji, terutamanya saikoloji kanak2. Tapi ianya berkait rapat juga dengan perangai orang dewasa. Buku saikoloji kanak2 banyak juga ditulis tentang tajuk ini.
Adalah menjadi tabiat semula jadi bagi kanak2 untuk mempunyai sifat AGM. Bukan ianya seorang kanak2 jika mereka tiada sifat AGM ini. Bayi yang baru lahir pun mempunyai sifat sedemikian.
Jika tidak bagaimanakah seorang bayi itu dapat memberitahu maknya atau orang dewasa berhampiran dengannya jika ia lapar, atau dalam keadaan tidak selesa. AGMnya ialah buat bising yaitu menangis.
Apabila ia meningkat dewasa dan boleh berkata2 AGMnya masih lagi menangis dibantu pula dengan tindakannya menjerit, meminta, membuat bising dan sebagainya.
Seorang bayi akan menggunakan AGMnya untuk mengambil perhatian manusia kelilingnya yang ianya lapar atau kurang selesa. AGMnya tidak digunakan untuk tujuan lain kerana pada ketika umur sedemikian ianya tidak memerlukan selain dari “kenyang” dan “selesa”.
Apabila ia meningkat umurnya maka ianya memerlukan lain2 keperluan hidup saperti rakan2, makanan yang sedap, hiburan, handset tercanggih?, sebagainya. Tak kurang juga mereka memerlukan perhatian kawan, ibu bapa, guru dan manusia lainnya. Kadangkala ingin mendapat perhatian dan sanjungan manusia lainnya amatlah kritikal dan jika ianya tak dapat diperoleh maka mereka akan menggunakan senjata AGMnya.
Maka timbullah sifat melawan, sifat pemarah, sifat merampit, kurang ajar, suka merosakkan harta awam dan sebagainya. Punca utamanya ialah mereka memerlukan perhatian dan alatnya yang mudah sekali ialah AGMnya.
Mereka yang sebegini mudah saja untuk dijinakkan. Secara mereka diberi perhatian dan sanjungan. Mat rempit sangat suka jika ianya disanjung dan diberi perhatian. Dan jika kita pandai memberi perhatian kepada mereka dan dapat menyalurkan tenaga mereka ke arah perkara yang positif maka akan berjayalah kita. Dan akan bahagialah mereka.
Sebaliknya jika mereka dimarahi maka rengganglah hubungan kita dengan mereka dan mereka akan menggunakan AGMnya ke arah pehak yang akan memberi perhatian kepada mereka. Maka terdedahlah mereka kepada aktiviti anti masyarakat termasuk dadah.
Eloklah kita orang dewasa membantu mereka menjadi manusia yang berguna. Mereka mahu menjadi manusia yang berguna dan ini mereka tunjukkan melalui AGM mereka.
Atas kitalah pula untuk menyambut AGM ini supaya ianya membawa kebaikan akhirnya.
Orang dewasa juga banyak menggunakan AGM mereka. Kadang kala melebihi yang ditonjolkan oleh kanak2 dan orang remaja. Dimana2 sahaja kita akan dapat mereka menggunakan AGM mereka untuk mengambil perhatian. Paling banyak pula adalah mereka yang terdiri dari gulungan yang merasakan diri mereka ialah ketua masyarakat. Nak tulis banyak tentang ini pun tak baik juga. Jadi setakat ini cukuplah. TSTlah.
“Gunakanlah AGM untuk kebaikan semua, bukan untuk diri sendiri”.
.
No comments:
Post a Comment