Tuesday, May 26, 2009

SURAH 051 ADZ - DZAARIYAAT

51 ADZ – DZAARIYAAT

(ANGIN BERHEMBUS)



Demi angin yang terbang dan menaburkan debu bijian benih dan lainnya dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya. Demi awan yang membawa angkut muatannya ke tempat yang dikehendaki. Demi kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya. Dan demi malaikat yang bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya.

Sumpah demi sumpah, sesungguhnya segala yang dijanjikan mengenai hari akhirat tetap benar dan bahawa sesungguhnya balasan kepada amal manusia tetap juga berlaku.


Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, sesungguhnya pendapat kamu mengenai ugama adalah berlainan dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w.


Mereka telah dipalingkan Allah dengan sebab keikhlasan mereka mencari kebenaran. Mereka mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja. Itulah orang yang tenggelam alam kejahilan serta lalaikan kepada hari pembalasan.


Mereka secara mengejek bertanya: "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?" Jawabnya: hari itu ialah hari mereka diseksa dengan dibakar atas api neraka. Sambil dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu. Inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".


Sesungguhnya orang yang bertaqwa ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga dengan matair terpancar padanya. Keadaan mereka sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.


Di dunia dulu mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja di waktu malam untuk mereka tidur. Di akhir malam sebelum fajar pula mereka beristighfar kepada Allah memohon ampun.
Dan pada harta mereka ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang miskin yang meminta dan yang tidak meminta.


Di bumi ada tanda yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mahu mencapai pengetahuan yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan dalil-dalil dan bukti itu?


Dan di langit pula terdapat sebab-sebab rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan dan dijanjikan kepada kamu.


Sudahkah sampai kepadamu perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Mereka tidak dikenali oleh Ibrahim. Setelah menjawab salan tetamu tersebut Ibrahim masuk untuk membawa keluar seekor anak lembu gemuk yang dipanggang. Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu Ibrahim mersa takut. Melihat demikian tetamu Ibrahim berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.


Mendengarkan berita yang mengembirakan itu datanglah isterinya sambil menjerit kehairanan lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul bagaimana aku boleh mendapat anak?"


Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman. Kami hanya menyampaikan sahaja. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui".


Nabi Ibrahim bertanya: "Selain dari itu apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"


Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa untuk membinasakan mereka. Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah yang dibakar. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas dalam keingkarannya".


Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu Allah perintahkan mereka mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ. Sesudah dipereksa utusan Allah hanya mendapati hanya sebuah rumah sahaja yang penghuninya orang Islam yang beriman kepada Nabi Lut.


Mereka kemudian membinasakan kaum yang kufur dengan timbunan batu.


Dan kisah Nabi Musa ketika diutuskan kepada Firaun dengan membawa mukjizat dari Allah. Firaun terus engkar lalu Allah humbankannya bersama tenteranya ke dalam laut.


Dan kisah kaum Aad yang Allah hantarkan angina ribut yang memusnahkan mereka hancur seperti debu. Dan pada kisah kaum Thamud disambar petir dengan tidak dapat melarikan diri. Mereka tidak dapat bangun lagi dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.


Juga kaum Nuh fasik durhaka yang ditengelalamkan.


Allah benakan langit yang sangat kukuh. Dan bumi pula di hamparkan untuk kemudahan makluknya mendiaminya. Setiap jenis pula Allah ciptakan berpasangan.


Katakanlah kepada mereka: "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah dengan bertaubat dan taat dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah dalam kepercayaan kamu".


Demikianlah sikap setiap kaum terhadap rasulnya - tidak ada seorang rasul pun yang datang kepada mereka melainkan diperkatakan: "Dia adalah seorang ahli sihir atau seorang gila".


Adakah mereka berpakat melemparkan tuduhan tersebut? Sudah tentu tidak. Bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas dan engkar.


Oleh itu pedulikan mereka yang menentang itu kerana engkau tidak akan disalahkan setelah engkau memberi amaran kepada mereka. Tetapi tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.


Dan ingatlah Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaNya. Allah tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Allah tidak menghendaki supaya mereka memberiNya makan.


Sesungguhnya Allahlah sahaja Yang Memberi rezeki kepada sekalian makhlukNya dan Dialah sahaja Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.


Setelah ternyata hakikat yang demikian maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim menentang ajaran Nabi Muhammad itu ada bahagiannya dari azab seksa Allah (sepertimana bahagian diterima rakan-rakan mereka kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu janganlah mereka meminta kepadaNya menyegerakan kedatangannya.


Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.




0000000000000000000000000000




51ADZ – DZAARIYAAT

http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=2&nSora=25&nAya=1&nSeg=1&l=mal&t=mal


http://quran.al-islam.com/Targama /DispTargam.asp?nType=2&nSora=25&nAya=1&nSeg=1&l=mal&t=mal



http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/




051:1 Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -


051:2 Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -


051:3 Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -


051:4 Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;


051:5 (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;


051:6 Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku


051:7 Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,


051:8 Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).


051:9 Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).


051:10 Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,


051:11 (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).


051:12 Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"


051:13 (Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -


051:14 (Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".


051:15 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.


051:16 (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.


051:17 Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.


051:18 Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).


051:19 Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).


051:20 Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,


051:21 Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?


051:22 Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.


051:23 Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.


051:24 Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?


051:25 Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.


051:26 Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).


051:27 Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".


051:28 (Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.


051:29 (Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"


051:30 Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".


051:31 Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"


051:32 Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);


051:33 "Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),


051:34 "Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".


051:35 (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.


051:36 (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).


051:37 Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


051:38 Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.


051:39 Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: "(Musa itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!"


051:40 Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.


051:41 Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan;-


051:42 Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.


051:43 Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) - ketika dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)!"


051:44 Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.


051:45 Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.


051:46 Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.


051:47 Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.


051:48 Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.


051:49 Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).


051:50 (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.


051:51 "Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".


051:52 Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".


051:53 Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).


051:54 Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).


051:55 Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.


051:56 Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


051:57 Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.


051:58 Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.


051:59 (Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.


051:60 Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.




00000000000000000000000 TAMAT 00000000000000000000000

051- 051- 051- 051

No comments: