Saturday, March 13, 2010

MEREKA TAK SAMA

[003] Surah Al I 'Imran


Allah bertanya adakah sama mereka yang beriman dengan yang tidak beriman?

Tak sama. Orang yang mendapat kemurkaan Allah (yang tak beriman) adalah mereka yang tidak menurut segala perintahNya dan tidak menjauhi laranganNya. Mereka ini akan ditempatkan ke dalam Neraka, tempat kembali yang sangat buruk keadaannya.

Mereka yang diredoi Allah (yang beriman) adalah mereka yang menurut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, akan ditempatkan ke dalam syurga dan kekal mereka di dalamnya

Kaum Arab di Mekah di awal kedatangan Islam dahulu mendapat rahmat Allah kerana mereka disediakan seorang nabi dari gulungan mereka sendiri membinbing mereka ke jalan yang benar.

Mereka telah lama di dalam keadaan sesat dan kebanyakannya telah meninggalkan syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Mereka telah lama menyembah berhala dan tidak lagi menyembah Allah.

Pada mereka Allah masih ujud tetapi mereka tidak lagi memohon permintaan terus kepada Allah tetapi berbuat demikian melalui berhala mereka.

Mereka tatkala itu percaya bahawa Allah ada anak dan anak Allah ialah malaikat (perempuan). Kaum Yahudi (Madinah) dan Kaum Nasrani juga percaya bahawa Allah ada anak (Usair dan Nabi Isa).

Nabi Muhammad diutuskan Allah untuk membetulkan akidah mereka yang lama sesat itu. Dan Nabi Muhammad menyatakan yang Allah tiada anak (melalui Surah Al-Ikhlas)


Semasa pengambil alihan Mekah oleh Nabi Muhammad dan sahabat2nya terdapat di Ka'abah tak kurang 360 berhala dan terdapat dua berhala besar di Bukit Safar dan Bukit Marwah. Sehingga kaum Islam tatkala itu ragu2 untuk tawaf dan saie.

Tapi mereka dinyatakan oleh Nabi Muhammad dan Al Quran sendiri yang ibadah yang mereka lakukan adalah kerana Allah dan tidak perlu merasa terganggu oleh berhala yang ada. Berhala2 tersebut kemudiannya telah dimusnahkan.

________________________________________

ILMU

.

Saturday, March 6, 2010

KUASA ALLAH

003. SURAH AL-I-'IMRAN

.

Nabi Muhammad SAW tidak terus memarahi sahabat ahli pemanahnya, yang tidak menurut perentahnya supaya bertahan dan memerhatikan pergerakan musuh ketika perang Uhud berlaku.

Oleh kerana perasaan tamak kepada harta rampasan perang dan ketika mereka menjangkakan perang dah tamat dan mereka merasa dah menang perang tersebut, ahli pemanah yang berada di atas bukit tersebut telah turun bagi merebut mendapatkan harta rampasan perang walhal perang belum tamat. Dan kesannya pehak musuh berjaya menaiki bukit tersebut untuk menyerang.

Nabi Muhammad SAW tidak terus memarahi mereka. Allah telah memujinya sikap sedemikian. Selanjutnya Allah telah menyarankan supaya mereka dimaafkan dan supaya Nabi berdoa untuk mendapatkan keampunan bagi mereka.

Disamping itu disarankan juga supaya mereka bermesyaurat bagi mendapatkan persetujuan yang terbaik dan bertindaklah ke atas persetujuan tersebut serta bertawakal kepada Allah.

Ayat 160 pula menyatakan yang jika Allah mahu menolong mereka mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu. Dan jika Allah mahu mereka kalah, maka tidak ada sesiapa yang akan dapat menolong mereka sesudah Allah menetapkan yang demikian. Orang berman diingatkan supaya hanya kepada Allah jualah hendaknya mereka itu berserah diri.

Ayat 161 pula menyatakan bahawa janganlah kamu menyangka seseorang Nabi itu menggelapkan harta rampasan perang. Ini tak mungkin berlaku, saperti yang dituduh oleh orang Munafik di Madinah tatkala itu. Sesiapa yang melakukan khianat menggelapkan sesuatu, ia akan dibalas atas perbuatan khianatnya ke akhirat nanti.


Perbuatan khianat ini sekarang banyak berlaku di merata2 terutamanya oleh merela yang ada kuasa, yang besar atau kecil. Yang besar besarlah nilai kianatnya dan yang kecil kecil pula khianat yang mereka lakukan.

Contoh:

Membeli barangan untuk pelabat akan mendapat komisen atau sogokan yang dimakan sendiri oleh yang terlibat. Dijadikan sumber makanan dan kegunaan harian anak pinak dan tanggunananya. Itu tak termasuk peralatan pejabat yang dibawa pulang untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Iyu tak termasuk imbuhan haram yang diperolihi dari meluluskan sesuatu projek atau pembelian untuk pejabat atau syarikat majikannya.

Ini semua adalah kianat. Dan ini terjadi secara biasa di merata2 dalam negara kita yang dikatakan negara Islam ini.