Thursday, July 29, 2010

ORANG MUKMIN

.
Semalam kami mendengar cerita berkenaan dengan sifat orang Mukmin yang dibacakan oleh Tuan Haji Ihsan. Katanya:

Berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Mereka berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakatnya. Mereka menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya (atau hamba sahayanya). Sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu adalah orang yang melampaui batas.

Mereka yang menjaga amanah dan janji yang dibuatnya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka sebegini adalah orang yang berhak secara kekal mewarisi Syurga Firdaus.

Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia dari pati berasal dari tanah. Dari pati itu dijadikan setitis air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian air benih itu menjadi sebuku darah beku, menjadi ia seketul daging, kemudian menjadi ia beberapa tulang, kemudian tulang tersebut dibalut dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Allah membentuk ia menjadi makhluk. Nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebagai Pencipta.

Kemudiannya, kamu sesudah itu akan mati. Dan kamu pula akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat
.

Klik dan Bacalah seterusnya:














Dan kalau nak baca terjmahannya dan dengar bacaannya Kliklah di Sini: 023. Al-Mu’minun